Best Friend Forever

Ahad, 30 Disember 2012

7 sebab mengapa kulit (masih) tidak cantik

7 Sebab Mengapa Kulit (masih) Tidak Cantik



Kita sudah pun menggunakan segala macam krim-krim yang dijual di kaunter, sudah membelanjakan wang yang banyak bagi memanjakan dan membelai diri, namun hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Kulit masih tidak kelihatan berseri, malah nampak kusam dan tidak bermaya. Adakah janji-janji yang diberikan itu hanya kata-kata manis sahaja?
Cuba lihat 7 sebab yang disenaraikan di sini. Adakah ia mewarnai corak kehidupan kita selama ini?

1. Kurang tidur
Tidur yang cukup penting untuk kulit kita. Ini adalah kerana semasa tidur, enzim-enzim yang bertugas membaikkan bekerja memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan menghantar nutrien ke sel-sel tubuh.

2. Kurang bersukan
Bersukan bukan hanya baik bagi tubuh, tetapi juga menjadikan kulit berseri kerana aliran darah ke seluruh tubuh dan kulit menjadi lebih efisyen.

3. Mengambil lemak yang terlalu rendah
Terlalu kurang makan makanan berlemak boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Kita boleh mengambil lemak nabati (lemak daripada tumbuh-tumbuhan) bagi mendapatkan kulit yang cantik tanpa memudaratkan bentuk dan kesihatan tubuh.

4. Tidur tanpa membersihkan mekap
Mekap yang tidak dibersihkan akan menyumbat pori, menumbuhkan jerawat, dan nampak tidak selesa di mata. Kulit memerlukan waktu untuk memperbarui sel-sel. Apabila pori-pori tersumbat, proses ini menjadi terhambat, sehingga menjadikan kulit kusam.

5. Menggunakan alat kecantikan yang kotor
Span atau berus bedak yang kotor akan menumpukkan kuman pada kulit wajah dan menumbuhkan 
jerawat. Bersihkannya dua minggu sekali dengan menggunakan air suam-suam kuku.

6. Menggunakan kosmetik yang tidak sesuai
Kebiasaan memakai kosmetik sentiasa, mengambil kosmetik dengan jari atau memasukkan kembali sisa kosmetik yang berlebihan ke dalam bekas dapat menyebabkan jerawat dan radang kulit. Jadi, buang semua produk yang sudah berubah warna, tekstur dan aromanya. Biasakan diri menyentuh produk dengan menggunakan putik kapas. Atau tuangkan sedikit ke telapak tangan sebelum dioleskan ke wajah. Saya gemar memicit sedikit mekap atau pelembap ke belakang tangan sebelum menculitnya ke wajah. Kemudian saya sapu baki bahan itu ke wajah atau menyapunya ke seluruh tangan.

7. Mandi lama dengan air panas
Walaupun mandi dengan air panas amat menyenangkan, namun ia menjadikan kulit kering. Cukuplah mandi hanya selama 3 minit dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas. Gunakan pelembab segera selepas mandi bagi mencegah kulit daripada menjadi kering.

Keindahan Belaian Badan

Keindahan Belaian Badan

Inilah rupa loofah yang original. Loofah ori ini boleh ditanam sendiri. Ia sebenarnya adalah salah satu jenis pokok petola tetapi ini adalah jenis yang bersabut, yang dikatakan loofah itu. Apabila buah petola ini sudah matang, kulitnya berubah menjadi coklat tua.

Kulit itu dikopek dan muncullah isinya yang berupa loofah itu.

Jika di rumah, loofah ini digunakan sebagai pencuci periuk atau alat scrub pinggan mangkuk. Boleh juga digunakan sebagai scrub badan. Scrub badan yang dijual dikedai-kedai itu sudah diproses dan diwarnakan jadi ia kelihatan lebih cantik.

Sewaktu dalam keadaan kering, loofah ini keras tetapi segera menjadi lembut selepas dilembapkan dengan air.

Walaupun ia lembut selepas terkena air, namun ia masih kasar apabila digosok pada badan. Bagi bahagian badan yang lebih mudah terasa, ia mungkin tidak selesa dipakai. Sudah tentulah loofah ini mesti dipakai dengan sabun agar menjadi lebih licin supaya mudah digosok.





Sekarang, bayangkan satu produk yang lebih mudah, bersih dan harum, mengandungi butir-butir halus loofah ini sebagai salah satu bahan campurannya. Produk itu pula hanya perlu disapu pada badan seperti memakai sabun atau shower gel biasa. Hanya gosokkan dengan lembut pada seluruh badan selama empat hingga 5 minit, kemudian jirus badan dengan air. Tidak perlu menghabiskan masa yang lama menggosok badan. Amat sesuai untuk wanita yang sibuk.

Kulit serta-merta terasa lebih lembut dan licin selepas dikeringkan. Tiada gosokan kuat pada mana-mana bahagian badan. Mandi kini terasa seperti satu kemewahan. Bauan harum menenangkan perasaan. Hilang stress dibawa air mandian yang mengalir!

Selama dua, tiga hari berikutnya, kulit terasa lembut bak sutera.

Itulah dia Loofah Body Cleanser daripada Mary Kay.

Body Scrub yang berwarna hijau mengandungi lotus dan bamboo, yang berwarna coklat oren mengandungi red tea dan buah fig.


Secara peribadi saya mengesyorkan semua bakal pengantin menggunakan loofah body cleanser ini sebagai persiapan malam pertama, menggantikan kebiasaan mandi susu atau mandi lulur, tanpa perlu membuka aurat kepada orang lain walaupun mereka kaum sejenis!



Loofah ini sepatutnya menjadi salah satu bahan perlu dalam menjaga kebersihan seluruh tubuh badan kerana ia dapat menghasilkan kulit yang lebih lembut dan halus serta licin, memudarkan kekusaman di kawasan-kawasan sulit.



Mahu pesan?



Hubungi Nurul, perunding kecantikan Mary Kay (0172515051).

Serum C bantu pulihkan kulit rosak

Serum C Bantu Pulihkan Kulit Rosak






Keistimewaan Serum ini:- 

1) Ia sesuai bagi semua jenis kulit (kulit kering, kombinasi, minyak).
2) Diuji secara klinikal untuk kerengsaan kulit dan alahan.
3) Tiada wangian
4) Bebas minyak
5) Diuji secara dermatologi

Antara kandungannya termasuk buah kakadu, camu-camu, ceri acerola, berry blackcurrant dan buah delima.

Semua buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C. Buah Kakadu Plum misalnya, ia dilaporkan mengandungi Vitamin C lebih banyak daripada buah oren. Buah Camu Camu itu pula amat perkasa sehingga dapat menahan apa jua keadaan alam persekitaran. Buah Ceri Acerola itu seakan buah paling berharga sehinggakan ia tidak boleh dibawa keluar atau dieksport dari negara kelahirannya. Buah Berry Blackcurrant ini pula menjadi pengganti sumber Vitamin C bila mana buah oren tidak menjadi. Buah delima ini pula bukan hanya kaya dengan Vitamin C, malah mengandungi banyak vitamin lain serta antioksidan.

Sekarang, semua ekstrak ini disatukan dalam satu ramuan dan dapat menghasilkan keajaiban kepada kulit wajah anda. Anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa dua minggu sahaja.


Perubahan yang mungkin akan dapat anda lihat termasuklah:-
  1. Kulit kelihatan lebih lembab dan licin
  2. Kulit nampak terangkat atau ternaik serta lebih anjal
  3. Kulit nampak lebih muda


Hasil dalam jangka panjang termasuklah:-
  1. Kedut dan garisan halus semakin kurang
  2. Kulit menjadi lebih anjal dan lebih berkontur (kulit di bahagian muka tidak lagi gelebeh sebab kulit menjadi tegang)
  3. Kulit kelihatan lebih jernih
  4. Tekstur kulit menjadi lebih halus


Sesuai digunakan oleh orang Asia. Kajian berkaitan sudah dilakukan.

Penggunaan Masker

Penggunaan Masker



Bersihkan wajah dengan pencuci wajah yang biasa saudari gunakan.
Jangan sapu masker ke atas wajah yang belum dicuci.

Masker perlu disapu di sekeliling wajah hingga ke kaki rambut dan rahang muka tetapi jangan sapu masker ke bahagian mata dan mulut.
Sila rujuk model di atas (bukan model Mary Kay tapi cara menggunakan masker sama dengan masker Mary Kay, ya!)

Kulit di bahagian mata dan bibir sangat nipis. Dikhuatiri masker akan mengeringkan kawasan itu. Kedua-dua kawasan ini mudah berkedut serta bergaris halus.

Apabila saudari menggunakan masker Mary Kay, jangan biarkannya di wajah terlalu lama. Jangan sekali-kali tidur dan cuci selepas bangun keesokan harinya. Baring sebentar, dalam setengah jam, boleh, tapi jangan melebihi tempoh itu.

Masker yang dipakai ini segera bertindak mencungkil kotoran dalam liang roma. Selepas itu masker perlu dibersihkan. Jika kotoran tersimpan dalam masker, ia akan masuk semula ke dalam kulit melalui liang roma. Kotoran yang masuk semula ke dalam wajah akan menyebabkan kulit gatal.

Selepas cuci, saudari akan mendapat:-
Kulit yang lembut, pori lebih kecil, kesan parut menjadi samar, kulit terasa begitu bersih serta tegang berbanding sebelum melakukan masker.

Sapu freshener dan pelembap selepas menggunakan masker. Wajah yang sudah menjalani proses deep cleansing (cucian yang mendalam) perlu dilembapkan. Jangan biarkan wajah kekeringan kerana kulit yang kurang lembap menjadi kurang bermaya dan nampak lesu.

Gunakan masker Mary Kay ini sekali seminggu. Jika perlu, gunakanlah sehingga tiga kali seminggu tapi tidak boleh melebihi had itu.

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay


Bagi mendapatkan hasil mekap yang bagus, wajah mestilah lembap. Jika kering, mekap tidak nampak serinya walaupun menggunakan berbagai-bagai produk yang ada di pasaran.

Asas yang paling asas, wajah mesti bersih baru dimekapkan. Gunakan cleanser (pencuci wajah).

Langkah seterusnya, sapu freshener ke wajah bagi menghaluskan liang peluh. Selepas itu sapu moisturizer. Bagi pengguna produk Mary Kay, bagus dapatkan freshener dari set Botanical (yang sesuai dengan jenis kulit) walaupun anda menggunakan set Timewise.

Bagi
mendapatkan hasil atau kesan natural, gunalah Medium Coverage Foundation (bagi kulit kombinasi/berminyak) atau Full Coverage (bagi kulit kering/normal). Sapu ke seluruh wajah dengan menyapunya ke arah bawah dan keluar. Ini bagi 'menidurkan' bulu-bulu halus yang ada pada wajah. Jika foundation disapu ke arah atas seperti menyapu moisturizer, bulu halus akan 'berdiri.' Foundation ini mempunyai dua fungsi. Yang pertama untuk kecantikan, yang kedua dan lebih penting lagi, ia melindungi wajah daripada habuk dan kotoran daripada masuk ke dalam kulit wajah.

Sekiranya suka, anda boleh sapukan bedah debu pada wajah. Tetapi, foundation tadi sebenarnya sudah cukup bagi menutup sebarang cela pada wajah. Sekiranya anda mahu menyembunyikan sebarang tompok hitam, gunalah concealer. Elakkan daripada menyapu foundation dengan tebal.

Rajah menyapu foundation.


Langkah seterusnya, mulakan dengan mata.

Warnakan hujung kelopak mata dan mata bawah dengan eyeliner. Lentikkan bulu mata dengan maskara.


Kemudian sapu pemerah pipi pada No 3 sahaja. No 1 adalah dengan menggunakan facial highlighting pen, No 2 adalah Mineral Bronzing Powder. Untuk mekap asas, cukup menggunakan blusher sahaja (yang ditandakan dengan nombor 3).

Bagi wajah bersegi


Bagi wajah bulat


Akhir sekali, sapu lipstick.









Ingin Menjadi Beauty Consultant (BC)

Ingin Menjadi Beauty Consultant (BC)
Kini kita semua boleh memiliki perniagaan sendiri dengan menjadi Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan dengan Mary Kay.


Ingin menjadi BC?
Hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM180 sebagai bayaran penyertaan, RM50 untuk bayaran kursus ESRS.


Semua BC baru akan mendapat program pendidikan serta ganjaran percuma.
Bagi menyediakan kita melewati perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat untuk belajar asas perniagaan supaya matlamat kita tercapai.

APA ITU ESRS?
Ia adalah program selama dua hari yang menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu kita memulakan bisnes.
Melaluinya, kita akan dapat:-

1) Mengenali siapa wanita yang bernama Mary Kay
2) Meneroka dan merealisasikan impian kita
3) Menjual produk Mary Kay
4) Kenalpasti Jenis Kulit kita
5) Mengetahui Produk Mary Kay
6) Pengurusan Bisnes
7) Pelan Tindakan
Apakah Faedahnya?
selepas dua hari tersebut, kita akan menerima:-

1) Hadiah istimewa selepas menyempurnakan tugasan
2) Sijil Tamat Program
3) Pin ESRS yang eksklusif
4) Baucer bernilai RM200 boleh ditebus semasa membuat
belian) (tertakluk kepada syarat).
Apa lagi selepas itu?
Selepas anda bergelar BC, anda kini layak membeli-belah di website Mary Kay dan mendapat diskaun. Namun terdapat syarat tertentu sebelum anda layak menerima diskaun ini.
Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi kami di 017 2515051

Oil Free MakeUp Remover

Oil Free MakeUp Remover






Kulit sekitar mata paling nipis, jadi ia paling mudah berkedut, dan antara yang terawal menunjukkan kesan penuaan.

Mary Kay mempunyai rangkaian produk untuk penjagaan kulit sekitar mata yang lengkap.

Ingin cuci mekap mata?
Ingin cuci habuk yang melekat sekitar kulit mata?


Cecair lembut ini amat berkesan membuang kesan celak, maskara dan eye shadow, jenis kalis air ataupun biasa, tiada yang sukar baginya.

Hanya perlu basahkan kapas dengan cecair ini dan cuci, tidak perlu menggonyoh mata dengan kuat. Hanya RM60. Tidak memedihkan mata. Selamat digunakan walaupun tanpa menanggalkan contact lense. Tiada alkohol yang mengeringkan kulit nipis sekitar mata.

Selepas mata dicuci, jangan lupa sapu pelembap untuk mata. Ia dikenali sebagai age-fighting eye cream. Ia akan melembapkan kulit yang kering. Jika kulit sekitar mata kering, sukar mennyapu mekap mata. Berharga RM125.


Untuk Jenis Kulit Berminyak

Untuk Jenis Kulit Berminyak



Botanical Effects Formula 3



1- Cleanser: Cleanser penyeimbang ini membersih dan memurnikan kulit tanpa mengurangkan zat-zat dan elemen penting di muka. Cleanser yg berasaskan air ini membantu menyeimbangkan kulit dan menjadikan kulit terasa segar dan halus. Cleanser ini mempunyai formula zat hazel.  Berharga RM68.

2- Mask: deep-cleansing mask ini menyeram semua kekototan, mengawal lebihan minyak dan memperbaharui kulit. Mask ini menghaluskan pori=pori dan menjadikan muka kelihatan bersih. Mask ini mempunyai formula tanah liat kaolin dan hazel. Berharga RM80.

3- Freshner:
Freshner yang diadun dengan ekstrak hazel adalah alcohol-free yang menyeral minyak tanpa mengeringkan kulit. Freshener yang menjernihkan kulit ini menjadikan kulit halus dan lembutBerharga RM68.

4- Pelembab (Moisturizer): Formula moisturizer yg ultra-light dan tidak berminyak mengawal lebihan minyak disamping memberikan kelembapan seimbang yang diperlukan kulit. Kulit akan terasa lembut dan kelihatan bersih. Formula ini mengandungi ekstrak hazel. 
Berharga RM80..    

Untuk Jenis Kulit Normal

Untuk Jenis Kulit Normal





 Botanical Effects Formula 2


1- Cleanser: Cleanser di gunakan untuk membersih dan membuang mekap dgn lembut pada muka. Cleanser ini menjadikan muka menjadi tampak sihat dan segar. Cleanser ini mempunyai ekstrak formula kuntum pokok beech dan beberapa formula botani. Berharga RM68.

2- Mask: Mask penyegaran ini memenuhi kehendak kulit anda; iaitu melembapkan kawasan kering di muka dan sebaliknya menyerap minyak di kawasan berminyak. Ramuan mask ini termasuklah kuntum pokok beech, daun raspberry dan biji apricot. Mask ini membersihkan pori-pori kulit dan membuang bendasing dan kotoran di muka.Berharga RM80.

3- Freshener: Freshener ini menyeimbangkan kulit dan menyegarkan tanpa mengeringkan muka. Freshener set ini juga terdiri dari ekstrak kuntum pokok beech. Freshener ini mengecilkan pori-pori dan membaiki tekstur kulit agar kelihatan lebih licin dan sihat. Berharga RM68.

4- Pelembab (Moisturizer): Moisturizer set ini mengekalkan kelembapan kulit pada kadar lembab yang sesuai untuk kulit. Moisturizer ini menjadikan kulit lebih licin dan segar tanpa kelihatan berminyak. Moisturizer ini di adun dengan formula kuntum pokok beech dan ekstrak jojoba.
Berharga RM80.

Untuk Kulit Kering

Untuk Kulit Kering



                                                         Botanical Effects Formula 1

1- Cleanser:Cleanser di gunakan untuk membersih dan membuang mekap dgn lembut pada muka tanpa mengeringkan muka. Untuk set ini, cleanser mempunyai ekstrak hibiscus untuk mengelakkan ketidakselesaan dan rasa ketat di muka. Selepas cleanse muka, muka akan terasa bersihh dan segar. Berharga RM68.

2- Mask:Mask untuk set ini yang juga mempunyai ekstrak hibiscus bertindak untuk mengembalikan radiance dan membuang kotoran. Mask mempunyai bintil halus yang memecah kepada partikel lembut untuk membersihkan muka. Selepas memakai mask ini, kulit anda akan terasa lembut dan sihat. 
Berharga RM80.

3- Freshener: Freshner yang diadun dengan ekstrak hibiscus adalah alcohol-free dan digunakan untuk menyegar dan menyeimbangkan kulit. Freshner juga melembut dan memberi kesekataan kepada kulit sebagai persediaan untuk pelembab. 
Berharga RM68.

4- Pelembab (Moisturizer): Formula moisturizer untuk set kulit kering dimuatkan dengan hibiscus dan bunga matahari. Moisturizer yang sangat lembab memberi keselesaan dan kelembutan tanpa meminyakkan kulit. Formula moisturizer yang diperkaya ini menyeimbang kesihatan kulit dan tahap kelembapan kulit. 
Berharga RM80.

Kenali Kulit Anda






KULIT

Apa yang paling menarik tentang kulit ialah ia sentiasa memperbaharui secara semulajadi ia terdiri daripada;
·         Lapisan Epidermis – mengurangkan kadar kehilangan kelembapan dari lapisan bawah.  Mengandungi sel yang mengeluarkan pigmentasi yang memberikan kulit warna dan juga menyumbangkan ketidaksempurnaan warna kulit.
·         Lapisan Dermis – Lapisan dalam kulit.  Terdiri daripada kolagen dan fiber elastin yang menyokong komponen-kompnen penting kulit kita. Apabila lapisan ini mengalami hidrasi, kulit akan kelihatan lebih kental.

Apakah jenis Kulit Anda?

Kulit Kering
Kulit kering dicirikan oleh pori kecil dan wajah suram dengan sedikit atau tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan..  Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur diluar rumah.  Kulit seperti ini menjadi kasar dan mungkin mengelupas atau merekah.

Untuk kulit kering; produk Mary Kay;
·         Membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis
·         Melembut, melicinkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan
·         Menjadikan garis-garis kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan.


Kulit Normal
Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dengan tekstur yang licin.  Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat. Dengan penjagaan yang rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut.

Untuk kulit Normal, produk Mary Kay;
·         Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat dan berseri-seri
·         Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar.


      Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T.  Dengan sedikit tanda kekeringan di bahagian pipi dan bahagian sisi luar muka.  Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut

Untuk kulit Kombinasi; produk Mary kay;
  • Membantu mengawal minyak berlebihan di Zon T
  • Mengecilkan pori dan melembabkan kawasan kulit yang kering

Kulit Berminyak
Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan, menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang-kadang muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci.  Ia juga dicirikan dengan pori yang kasar, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat dan mudah tercela.  Kulit berminyak tidak mudah berkedut berbanding kulit kering.  Jumlah minyak yang banyak membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.

Untuk Kulit berminyak; produk Mary Kay;
·         Membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikanya licin dan tampak berseri
·         Membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam.
·         Membantu mekap kekal segar lebih lama.

Untuk ketahui Produk Mary Kay yang sesuai untuk anda, sila hubungi saya! anda boleh mendapat konsultasi dari saya secara pecuma dan anda boleh mencuba dahulu produk sebelum membuat belian.. Selamat datang ke dunia kecantikan..!! sila hubungi saya di nombor 0172515051. ;)

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam - Berita Harian, 15 Ogos 2010

47 Produk Mengandungi Bahan Beracun Disenarai Hitam.

Idam nak cantik jadi gila
15 Ogos 2010 - BERITA HARIAN.

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG

Kulit Lebih Cerah Menawan

Kulit Lebih Cerah Menawan



Selain krim, semakin ramai wanita guna rawatan laser, vitamin C atasi wajah kusam

KAEDAH pemutihan kulit merujuk kepada penggunaan kaedah kosmetik untuk tujuan pencerahan kulit. Percaya atau tidak, teknik pemutihan kulit popular di kalangan penduduk Afrika, Asia Barat dan Asia kerana berdasarkan kajian, mereka yang berkulit gelap sering mahukan kulit cerah berseri.

Obses terhadap kecantikan kulit bermula sejak zaman purba iaitu ketika Dinasti Achaemenid apabila petani dan golongan kebanyakan menggunakan butiran kristal hidrokuinonsebagai bahan utama bagi memastikan kulit sentiasa licin dan lembut.

Kini, produk pemutihan kulit banyak dijual dalam bentuk krim, pil, sabun dan losyen. Mekanisme yang digunakan produk moden berkenaan ialah dengan memecahkan melanin menggunakan enzim khusus atau hidrokuinon.

Kebanyakan produk krim pemutihan turut digabungkan bersama bahan penabir suria bertujuan untuk mengelakkan berlaku kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari.

Menurut pakar kulit sebuah klinik swasta, Dr Andrew Chua Sak Eng, penghasilan pigmen pada kulit terjadi secara semula jadi disebabkan faktor genetik. Bagaimanapun, ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan penghasilan pigmen berlebihan seperti terdedah kepada pancaran cahaya matahari, masalah kulit hiper-pigmentasi dan pengambilan ubat tertentu.

Kata Dr Chua, pemakaian losyen atau krim penabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai bagi melindungi kulit daripada mengalami pigmentasi akibat UVB dan UVA.

“Penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit, bagaimanapun ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

“Malah, Kementerian Kesihatan juga sudah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang dua peratus bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan,” katanya.

Ada bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, asid kojik, retinoid dan asid laktik.

Asid kojid dan retinoid sendiri boleh bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin, selain meningkatkan kolagen di dalam kulit.

“Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium sativum boleh menghalang tindak balas hormon pigmen dan reseptor sel pigmen,” katanya.

Prosedur rawatan kosmetik khusus untuk pemutihan kulit

Iontophoresis
Menggunakan pemindahan molekul transdermal ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah.

Untuk tujuan pemutihan, kebiasaan vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian rawatan bagi mencapai keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin.

Kebiasaannya, teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap pada mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori di kulit wajah.

Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihannya ialah mampu mengembalikan keremajaan kulit, selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut.

Keberkesanan teknik boleh dilihat jika ia dilakukan menggunakan kaedah rawatan betul. Sesuai untuk digunakan pada tangan, kaki dan badan.






Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan.

Suntikan vitamin C
Rawatan kecantikan paling popular pada kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.

Fakta : Kulit

Ia organ terbesar dan terberat dalam badan manusia.

Kulit berfungsi sebagai
- pelindung bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
- mengawal suhu badan
- organ deria
- menghasilkan vitamin D

Purata berat kulit 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita.

Sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari.

Purata ketebalan kulit ialah empat milimeter.

Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.